BAB 7 ASAS FOTOGRAFI
7.1 SEJARAH RINGKAS FOTOGRAFI
- Photography
secara literal bermaksud ‘menulis dengan cahaya’.
- Sekitar abad
17-18, kamera ‘Abscura’ dicipta untuk kemudahan melukis imej berbantukan
cahaya.
- Sekitar 1888,
George Eastmen mencipta kamera Kodak.
- Tahun 1900,
kamera Mammoth dicipta (beratnya 1400 paun).
7.2 KOMPONEN ASAS KAMERA
LENSA
§ Lensa, @ dikenali sebagai kanta, digunakan untuk membentuk
imej yg jelas di atas permukaan filem di dalam kamera.
Jenis-jenis Kanta :
1. Lensa Bidang Luas
(Wide Angle Lens)
Ukurannya 6 mm – 45 mm.
Digunakan untuk penggambaran pemandangan jauh yg luas.
2. Lensa Biasa (Standard / Normal Lens)
Ukurannya 43 mm – 50 mm.
Sudut pandangan sisesuaikan dengan pandangan biasa mata.
3. Lensa Foto Jauh (Telefoto)
85 mm – 120 mm : untuk gambar potret.
135 mm – 200 mm : sesuai untuk sukan.
300 mm – 600 mm : sesuai untuk pergerakan, alam semula jadi,
dan hidupan liar.
4. Lensa Zoom
Gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit. 28 mm – 50 mm
: sudut luas ke normal 50 mm – 100 mm : normal ke sederhana 70 mm – 200 mm :
normal ke jauh 135 mm – 300 mm : sederhana ke jauh
Sesuai pada subjek yg berubah-ubah dengan cepat.
§ Fokus ialah satu proses untuk mengubah jarak lensa (kanta)
dari permukaan filem supaya satu imej subjek yg jelas akan terbentuk di atas
permukaan filem.
APERTUR (SAIZ BUKAAN LENSA)
1. Apertur ialah
gegelang yg boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan
cahaya yg akan menuju ke filem.
2. Skala pada apertur
ini berukuran / ditanda dengan f @ f/stops.
3. Skala pada apertur
akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, dan 22. (skala dari besar ke kecil).
SHUTTER (PENGATUP)
1. Shutter @ pengatup
ialah sebuah tingkap yg menutup permukaan filem daripada terkena cahaya.
2. Tingkap pengatup
akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yg sesuai untuk
mendapatkan gambar foto yg baik.
3. Indeks kelajuan
pengatup – B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, dan 2000 yg
bermaksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup.
4. Lebih besar indeks
kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih indeks kelajuan
maka lebih lama dedahan dibenarkan.
FILEM
1. Filem ialah
kepingan plastik khas yg mempunyai satu permukaan bahan kimia (silver halide
crystals) yg peka cahaya.
2. Kepekaan filem
disukat berdasarkan skala :
ASA (American Standard Association)
JIS (Japan Industrial Standards)
DIN (Deutche Industrie Norme)
ISO (International Organization of Standardization)
3. Jenis-jenis filem :
Filem hitam putih – negatif hitam putih menghasilkan cetakan
gambar hitam putih.
Filem warna – negatif warna untuk membuat gambar foto
berwarna-warni.
Filem slaid – Filem positif untuk mendapatkan slaid berwarna
dan boleh dicetak.
Kepekaan Filem
§ Kadar kepekaan filem yg berlainan ukuran adalah tidak
sama.
§ Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan
sebaliknya.
§ Dedahan cahaya yg tepat (correct exposure) kepada filem
bergantung pada tiga faktor utama : - sensitiviti / kelajuan filem - bukaan
apertur lensa - kelajuan shutter.
LAMPU FLASH
Banyak teknik yg boleh dipraktikkan ketika menggunakan flash
:
1. Halaan terus ke
objek (direct flash)
2. Halaan pantulan
(bounce flash) – sesuai untuk potret
3. Penggunaan filter
pada flash
4. Flash berkembar –
beri tambahan cahaya
5. Simbahan manual –
sesuai dengan teknik low shutter speed
7.7 JENIS KAMERA
Ada beberapa jenis kamera yg terdapat di pasaran.
Antaranya ialah :
Kamera piring (disk)
Kamera segera (instant) @ polaroid
Kamera katrij (catridge)
Kamera pembalikan
Kamera format besar (large format view)
KAMERA KOMPAK (KAMERA
FOKUS TETAP)
§ Tidak mempunyai mekanisme fokus, sebaliknya yg ada hanya
sebuah penilik pandangan yg kedudukannya jauh sedikit dari lensa.
§ Mempunyai apertur pelaras yg mudah dengan simbol.
KAMERA SATU LENSA REFLEKS (SLR)
§ Tidak mempunyai tingkap penilik pandang di sebelah
depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang.
§ Sistem lensa yg boleh ditukar ganti.
§ Kegemaran jurufoto profesional dan penggiat seni foto.
KAMERA DIGITAL
§ Mempunyai sensor elektronik yg menggantikan filem.
§ Pengguna dapat melihat dengan segera imej, menyimpan,
memadam, @ merakam semula.
§ Menggunakan sistem CCD (charge-coupled-device) bagi
menukar imej cahaya kepada signal @ informasi digital.
§ CMOS (complementary metal oxide semiconductor) digunakan
bagi kamera yg berharga murah.
§ Camcorder juga boleh menghasilkan imej pegun, tetapi
resolusinya agak kasar. Imej tidak jelas apabila diperbesar saiznya.
7.8 TEKNIK PENGGAMBARAN
Secara umum :
1. Kamera hendaklah
dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepas
shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom @ kelajuan shuttle
yg perlahan.
2. Jangan menghalang
bidikan – bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap @ terlindung.
Teknik Jarak Dekat
Imej yg dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yg
membantu P&P apabila guru ingin fokus terhadap sesuatu kandungan
pengetahuan kepada pelajar.
Teknik Jarak
Sederhana – Untuk Foto Pemandangan
Sangat sesuai dijadikan BBM kerana imej yg menyeluruh itu
meluaskan pemandangan dengan pelajar terhadap sesuatu perkara.
Teknik Panning – Foto
Aksi @ Sukan
Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika
menekan shutter pada kelajuan shutter yg agak perlahan.
Hasilnya, imej objek yg bergerak itu kelihatan jelas, tetapi
objek yg statik akan kelihatan kabur.
7.9 MUAT TURUN IMEJ
1. Muat turun imej ke
komputer
2. Muat turun imej
dari telefon bimbit
3. Menggunakan mesin
pengimbas
PERANAN FOTOGRAFI
DALAM P&P
1. Menarik minat
pelajar.
2. Meningkatkan
pemahaman pelajar terhada sesuatu konsep @ tema.
3. Merangsang
pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorong penerokaan dan
perkembangan idea pelajar.
4. Memudahkan tugas
guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar.
No comments:
Post a Comment